Pasir Tumboh : Dalam kemeriahan umat Islam di Malaysia meraikan sambutan EidulFitri pada hari pertama, tiba-tiba dikejutkan dengan berita pemergian Ulama besar, Tuan Guru Hj Hashim Pondok Pasir Tumboh yang telah kembali ke Rahmatullah selepas zohor. Jenazah Al-Marhum Tuan Guru disembahyangkan pada 5.30 ptg di Masjid Pondok Pasir Tumboh.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir mengerjakan Solat Jenazah adalah sebahagian besar pimpinan Negeri Kelantan, ribuan anak murid beliau, termasuk berkenan mencemar duli Baginda As-Sultan Negeri Kelantan. Solat Jenazah telah diimamkan oleh Tuan Guru Dato Hj Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Dilaporkan walaupun jenazah almarhum telah selamat disemadikan, namun ribuan umat Islam masih menziarahi makam beliau walaupun melewati waktu malam.
Hadits daripada Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما:
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Sedikit Biodata Almarhum Tuan Guru:
Nama : Tuan Guru Hj. Hashim b. Hj. Abu Bakar.
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir : 1923M
Pendidikan :
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir : 1923M
Pendidikan :
Belajar di Darul 'Ulum ad-Diniyyah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939. | |
Belajar di Madrasah Irsyadiyyah Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Hj. Abdullah, Merbuk, Sungai Petani, Kedah pada tahun 1942. | |
Belajar di pondok al-Marhum Tuan Guru Hj. Ghazali Batu 26, Bagan Datoh, Perak pada tahun 1940. |
Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jitra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun. Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz B Abu Bakar, pengasas Pondok Pasir Tumboh. |
Assalamu'alaikum
Apabila setiap kali Syawal menjelang tiba, kedengaran laungan Takbir Membesarkan Allah Rabbul Izzati, menandakan berakhirnya Madrasah Ramadhan yang ditempuh selari dengan syariat Allah SWT. Sebulan berpuasa, mengisi siang dan malam dengan amalan yang lebih daripada bulan-bulan biasa, menjadikan kita rindu untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Berdoalah kita semoga setiap amalan kita di bulan Ramadhan diterima dan ucapkanlah kalimah ‘Taqabbalullahu minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu) setiap kali bertemu dengan sahabat handai dan teman-teman seperjuangan di Hari Lebaran.

Setiap kali datangnya Syawal, setiap penjuru Masjid dan surau tidak ketinggalan di rumah-rumah akan bergema Laungan Takbir bermula sedari masuknya waktu maghrib 1 Syawal sehinggalah di kala Khatib membaca khutbah seusai solat sunat 'Idulfitri dikerjakan. Bertakbir lah kita membesarkan Keagungan Allah SWT, sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud:
"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah : 185
Mudah-mudahan kita akan menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur.
Akhir kata, bagi pihak Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Puchong, kami memohon jutaan kemaafan atas segala salah dan silap sama ada yang disengajakan mahupun yang tidak disengajakan, terutamanya kepada barisan kepimpinan PAS Puchong di semua peringkat, baik kawasan, ulama' pemuda dan muslimat. Tidak ketinggalan juga kepada seluruh ahli PAS Puchong, parti-parti komponen Pakatan Rakyat, penyokong-penyokong Pas dan teman-teman blogger. Teruskanlah memberi sokongan dan dorongan serta tunjuk ajar bagi kami menjalankan amanah dakwah ini.
Turut tidak ketinggalan kepada teman-teman sekeliling yang sering memberi kritikan positif atau negatif kepada Dewan Pemuda Pas Puchong, samada secara langsung atau tidak langsung. Pastinya setiap teguran dan kritikan itu akan memberi suntikan untuk kami terus menjalankan tanggungjawab dan amanah dakwah yang dipikul ini degan lebih semangat.
Mudah-mudahan ianya akan mendekatkan kita semua kepada Allah swt dengan nilai Taqwa yang tertinggi.

Selamat Hari Raya 'Idulfitri, maaf zahir dan batin dan berhati-hatilah dalam perjalanan pulang ke kampung...Taqabbalullahu minna waminkum'
Puchong : Banner ucapan Hari Raya Aidilfitri yang digantung oleh PAS Puchong telah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
Banner tersebut telah digantung di Bulatan Taman Puchong Permai pada tengah malam Sabtu (27 Ogos) dan tidak sampai 5 jam ianya digantung, wajah YDP Puchong, Ustaz Sufyan Ismail telah dikoyakkan.
Ust Omar Mohamed selaku Ketua Penerangan Pas Puchong berasa kesal dengan apa yang berlaku dan mengingatkan semua pihak supaya menginsafi Ramadhan sebagai bulan yang mulia dan berlapang dada dalam berpolitik.

"Saya selaku Ketua Penerangan PAS Puchong, menyeru agar semua pihak mengambil pengiktibaran dan keinsafan bersempena bulan Ramadhan yang mulia dan berlapang dada dalam berpolitik, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang bersedia untuk meraikan perayaan Aidilfitri yang tidak berapa lama lagi."
"Ini merupakan satu budaya tahap rendah dan politik minda sempit yang tidak harus diaplikasi oleh politikus dan pengikut mereka pada zaman ini. Biarlah kita berlumba-lumba menyampaikan mesej kepada masyarakat dan mengajak mereka mendekatkan diri dengan agama mereka." katanya.

Beliau juga telah menghantar maklumat berkaitan banner aidilfitri yang telah disabotaj ini kepada beberapa buah media alternatif tempatan.
"Oleh itu, saya mohon pihak tuan agar menyiarkan pandangan kami ini, agar ianya menjadi pengajaran untuk semua." kata Ust Omar lagi.
Dilampirkan dua gambar banner PAS Puchong, satu yang dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Banner ini diletakkan di bulatan Puchong Permai. Kedua, yang masih elok di bulatan Puchong Perdana.
Terima kasih atas kerjasama pihak tuan dalam membantu kami memberitakan permasalahan ini.Banner yang disabotaj di Bulatan Puchong Permai
Banner yang sama berada di Bulatan Puchong Perdana.
Rumah beralamat No 1138, Kampung Bagan Serai, Permatang Pauh mungkin tak sehebat Kediaman Rasmi Perdana Menteri. Sekadar rumah kampung biasa bagi golongan sederhana di sebuah Kampung di Pinggir Bandar. Tapi istimewanya rumah ini boleh menampung sehingga 60 orang pengundi dalam satu-satu masa.
Good Job SPR & JPN. Layak jadi Biro Pilihanraya Umno.

Keistimewaan rumah kayu kecil ini cuma nampak setiap kali datangnya Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum dan sebab utamanya ialah:

Good Job SPR & JPN. Layak jadi Biro Pilihanraya Umno.

Keistimewaan rumah kayu kecil ini cuma nampak setiap kali datangnya Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum dan sebab utamanya ialah:

![]() Surat tersebut diserahkan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub kepada Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang mewakili perdana menteri di parlimen hari ini. Turut serta pada penyerahan itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Mohd Hata Ramli (PAS-Kuala Kerai), Khalid Samad (PAS-Shah Alam), Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dan Tony Pua (DAP-PJ Utara). Pada sidang media sebelum itu, Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata ia perlu diadakan segera kerana isu itu bukan sahaja membabitkan isu manipulasi pilihan raya, malah lebih besar adalah mengancam keselamatan negara. "Kami rasa tiada tempat lain bagi membawa isu ini melainkan dibahas di parlimen. "Jadi kami besepakat atas nama ahli parlimen Pakatan Rakyat meminta sidang khas parlimen diadakan dalam masa terdekat. "Kita telah kumpul semua bukti dan akan mendedahkannya sekiranya parlimen bersidang," katanya. Sebelum ini beberapa pendedahan dibuat pelbagai pihak mendakwa wujudnya penduduk tetap didaftar sebagai pemilih yang disemak melalui web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Antara yang ditemui termasuklah individu bernama Mismah yang berstatus penduduk tetap namun berdaftar sebagai pungundi di Dun Ijok. Selepas beberapa jam didedahkan oleh media, status Mismah bagaimanapun bertukar menjadi warganegara sekaligus membolehkan beliau mempunyai hak mengundi. Pendedahan itu juga telah membawa kepada penemuan lebih 1,108 lagi kes serupa di Selangor dan 52 kes di Titiwangsa. Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh SPR dan juga JPN yang mendakwa Mismah sememangnya sudah menjadi warganegara sejak Disember tahun lalu. Menurut Salahudin lagi, sehingga kini masih terdapat kes warga PR didaftar sebagai pemilih dalam daftar pemilih SPR. "Kita minta sidang parlimen, jangan sampai nanti kita adakan Bersih 3. Kita anggap sidang parlimen adalah paling baik. Sementara itu, Nazri pada sidang medianya selepas itu tidak mahu mengulas lanjut perkara itu dan hanya memberitahu akan menyerahkan surat tersebut kepada Najib pada majlis berbuka puasa di kediaman perdana menteri di Putrajaya petang ini. "Saya akan bawa kepada PMlah, setelah bincang mungkin kita boleh respons. Saya tak mahu nak mendahului PM dalam isu ini. "Pada saya kalau ada bukti bawalah kepada SPR untuk disiasat," katanya. |
KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Isu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR.
“Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta. Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, PAS telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak Jais dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar.
“Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, Pemimpin umno dan NGO umno macam dilanda histeria mengenai isu itu, kononnya merekalah pembela agama.
Tegasnya, PAS istiqamah menentang isu murtad di negara ini.
Soalnya, di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi yang keluar agama Islam.
Tambahnya, sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PASdalam operasi Lallang 1987 kerana isu kristianisasi.
“Tahniahlah kepada pemimpin Umno dan media Umno kerana baru sedar bahayanya murtad.
“Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata. Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, Umno menjadi juara,” ujarnya.
Tetapi, katanya dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid.
“Pelik juga Umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan,” ujarnya lagi.
Tanya beliau lagi, kenapa Umno diam membisu apabila ahli MCA hendak saman kerajaan Kelantan kerana isu pengharaman judi.
“Sepatutnya kalau Umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun Umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat,” katanya.

![]() Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, wujud gerakan yang serius dalam Umno untuk menjatuhkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya umum ke -13. "Ada satu gerakan serius dalam Umno nak minta Najib berundur kerana Najib dilihat liabiliti kepada BN dan akan beri kesan negatif dalam pilihan raya akan datang," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Beliau juga menegaskan, pertemuan di antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tengku Razaleigh seperti dilaporkan media tidak wujud sama sekali. “Ini sebenarnya bukan isu dan tidak relevan baik di peringkat Pakatan Rakyat atau PAS tak pernah bincang perkara ini. “Tak ada pertemuan di antara Tuan Guru Nik Aziz dan beliau sendiri pun sudah buat penafian tapi masih ditimbulkan media,” katanya. Mengulas lanjut mengenai gerakan yang didakwanya itu, Mustafa berkata gerakan itu sangat kuat dan bermatlamat untuk menyingkirkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur sebelum PRU yang dijangka akan diadakan awak tahun hadapan. Beliau bagaimanapun berkata belum masanya untuk beliau mendedahkan dalang di sebalik gerakan yang dimaksudkan itu. “Buat masa ini saya tak berniat nak dedahkan siapa yang ada dalam gerakan itu tapi ia satu gerakan yang kuat daripada orang kuat Umno sendiri,” katanya. Namun katanya, Najib mengetahui tentang kewujudan gerakan ini dan enggan melepaskan jawatannya sebagai presiden Umno mahupun Perdana Menteri meskipun banyak salah laku yang dikaitkan dengan beliau dan Rosmah. “Banyak isu yang berkait dengan Najib dan Rosmah. Di samping isu Scorpene di mana kes ini dibawa oleh Suaram ke mahkamah Perancis dan peguamnya yang datang ke Malaysia baru-baru ini dihantar pulang dengan segera supaya tidak mendedahkan pembelian kapal selam itu. “Ini dilihat satu tamparan kepada Najib sebagai perdana menteri,” katanya. |
Part 1
Part 2
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pembongkaran isu PR yang disenarai sebagai pengundi selepas mendapat MyKad perlu diselesaikan secara telus kerana ia melibatkan isu keselamatan.
“Tindakan agensi tertentu menyenaraikan PR dalam senarai pemilih perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan kemungkiran mereka dibenar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya ketika ditemui di Qaryah Ramadan malam tadi.
Sebelum ini portal berita mendedahkan seorang PR bernama Mismah disenaraikan sebagai pengundi berdaftar yang baru.
Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datin Jariah Mohd Said dalam kenyataannya menjelaskan Mismah telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982 dan dilulus taraf warganegara pada 31 Januari lalu.
Menurutnya juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah meluluskan sebanyak 29,290 taraf warga negara dalam tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011.
Salahuddin yang juga Parlimen Kubang Kerian berharap orang ramai tampil ke hadapan bagi menyuarakan kecurigaan terhadap tindakan dilakukan JPN.
Menurutnya juga anggota Parlimen Pakatan Rakyat mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil segera sidang tergempar Parlimen membincangkan isu tersebut.
“Ini suatu perkara yang sangat serius, suatu pengkhianatan besar yang telah berlaku terhadap keselamatan negara.
“Dan Parlimen perlu bersidang untuk kita dedahkan siapakah sebenarnya menjadi dalang atau pun ketua konspirator sindiket tersebut,” katanya.
Beliau mendakwa konspirasi itu dianggap sangat merbahaya kepada keselamatan negara.
Menurutnya, PAS mempunyai satu pasukan membongkar sindiket tersebut di mana sehingga kini sejumlah 1,500 kes berjaya dikesan di Selangor.
“Itu baru di antara sebahagian daripada kajian terperinci yang dilakukan,” katanya.